
Tidak dinafikan sekarang ini, Datuk Nicol David
adalah merupakan seorang atlit Malaysia yang paling berjaya dalam
sejarah. Walaubagaimanapun, hakikatnya sukan Squash kurang popular di
Malaysia walaupun Malaysia berjaya memiliki jaguh squash nombor 1 di
dunia. Nombor 1 yang ada kualiti. Konsisten. Terbaru, kejayaan Nicol
David…..
Disenaraikan dalam senarai pemenang WSF Hall of Fame adalah:
- F.D. Amr Bey – Egypt (6 British Open titles: 1933-1938)
- Janet Shardlow (Morgan) – England (10 British Open titles: 1950-1959)
- Hashim Khan – Pakistan (7 British Open titles: 1951-1958)
- Jonah Barrington – Ireland (6 British Open titles: 1967-1973)
- Heather McKay (Blundell) – Australia (2 World & 16 British Open titles: 1962-1979)
- Geoff Hunt – Australia (7 World Open/Individual & 8 British Open titles: 1967-1981)
- Susan Devoy – New Zealand (4 World Open & 8 British Open titles: 1984-1992)
- Jahangir Khan – Pakistan (8 World Open/Individual & 10 British Open titles: 1979-1991)
- Michelle Martin – Australia (3 World Open & 6 British Open titles: 1993-2000)
- Jansher Khan – Pakistan (8 World Open & 6 British Open titles: 1987-2000)
- Sarah Fitz-Gerald – Australia (5 World Open & 2 British Open titles: 1996-2002)
- Nicol David – Malaysia (6 World Open & 3 British Open titles: 2005 – 2011)
Sumber: (www.squashsite.co.uk).
Sebab apa mereka highlightkan
kejohonanan Terbuka Dunia & Terbuka Britain? Sebab….kedua-duanya
merupakan kejuaraan paling berprestij dalam sukan tenis sama seperti
prestijnya Grand Slam dalam sukan tenis. Menjadi impian setiap pemain
squash dunia untuk merangkul kedua-dua kejuaran tersebut.
Apa yang menarik episod kejayaan Nicol David dalam sukan squash adalah :
- Menduduki takhta ranking No. 1 dunia selama hampir 6 tahun berturut-turut (2006 – kini). Dalam sejarah squash wanita dunia, Nicol David kini pemain kedua paling lama menguasai ranking itu. Juga pemain Asia pertama dalam sejarah untuk menduduki ranking tersebut.
- Nicol David menjadi Juara Dunia (2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011), title paling berprestij dalam squash. Setakat ini dalam sejarah squash wanita dunia, 2 pemain yang paling banyak dapat kejuaraan itu ialah Nicol David (6 kali ) & Sarah Fitz-Gerald (5 kali) – lagenda squash dari Australia
- 3 kejuaraan Terbuka Britain
- 6 kejuaraan Terbuka Hong Kong (kejohanan ke-3 paling mahal dalam WISPA World Series)
- 5 kejuaraan Qatar Classic Open (kejohanan ke-4 paling mahal, selepas World Open, British Open & Hong Kong Open, dalam WISPA World Series)
- Gold Medalist Commonwealth Games 2010 New Delhi
- Pemain terbaik WISPA 6 kali berturut2 (2005-2011)
Itu semua adalah kejuaraan utama &
sebahagian besar 55 Kejuaraan Jelajah WISPA yang telah dimenanginya.
Kalau sukan Squash berjaya masuk dalam sukan Olimpik, harapan sangat
cerah untuk Malaysia mencipta sejarah merangkul pingat emas. Apakan daya
buat masa ini, hanya sekadar khayalan sahaja. Ada yang mengatakan, ia
tidak disenarai disebabkan faktor perolehan pulangan & juga
ketidakupayaan kuasa besar dunia seperti China & US yang bukan
merupakan jaguh dalam sukan squash yang sedikit sebanyak memberikan
kesan kepada nasib sukan squash dalam sukan Olimpik. Walaubagaimanapun……
Melihat kejayaan demi kejayaan yang
dirangkul Nicol Davis, saya pasti rakyat Malaysia sudah cukup puas dan
berbangga beliau. Walaupun tidak popular di Malaysia tetapi sangat
popular di arena dunia. Terdapat 150 buah negara dari serata dunia yang
terlibat dalam sukan squash secara profesional. Sekarang ini yang jadi
jurulatih Nicol David adalah merupakan bekas pemain nombor 2 dunia dari
Australia. Namanya Liz Irving. Beliau sendiri yang menawarkan diri untuk
melatih Nicol David ini kerana kata Liz :
- Nicol David sangat rajin, tidak cepat berputus asa, sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar sesuatu yang baru, mempunyai mental yangs angat kuat dan juga paling pentingnya rendah diri
Saya sendiri sangat mengkagumi mentalnya. Mentalnya bagi saya
sangat-sangat kuat. Meskipun beliau telah tumpas set-set awal, beliau
tetap tidak berputus asa, selagi permainan belum tamat…harapan untuk
menang masih ada. Sehingga ramai yang menggelarkan Nicol David sebagai :
Selain itu, jika Nicol David kalah pun, beliau tetap berpandangan positif. Get over it, dan let’s start working for the next. Pada saya, ini sesuatu yang sangat-sangat sukar sukar untuk dilakukan!
Semalam, Datuk Nicol David melakar sejarah baru squash wanita dunia apabila merangkul gelaran Terbuka Dunia untuk kali keenam berturut-turut di Rotterdam, Belanda yang sekaligus meleburkan rekod lima kali yang dipegang lagenda Australia, Sarah Fitz Gerald sejak 2002.
Begitulah yang kami saksikan tatkala Nicol David melawan musuh ketatnya yakni adik beradik Grinham. Menyaksikan pertemuan mereka tatkala adik beradik Grinham ini berada dalam prestasi terbaik ketika itu. Satu kombinasi “pertarungan” yang melibatkan segala aspek bukan sahaja teknikal, kecergasan malah mental.“Comeback Queen”
Selain itu, jika Nicol David kalah pun, beliau tetap berpandangan positif. Get over it, dan let’s start working for the next. Pada saya, ini sesuatu yang sangat-sangat sukar sukar untuk dilakukan!
Semalam, Datuk Nicol David melakar sejarah baru squash wanita dunia apabila merangkul gelaran Terbuka Dunia untuk kali keenam berturut-turut di Rotterdam, Belanda yang sekaligus meleburkan rekod lima kali yang dipegang lagenda Australia, Sarah Fitz Gerald sejak 2002.
Nicol David (Malaysia) VS Jenny Duncalf (England) : 11-2, 11-5, 11-0 (29 minit sahaja)
Datuk Nicol David memang layak untuk ditabalkan
sebagai tokoh sukan negara terulung, sangat-sangat konsisten sepanjang
karier beliau dan bakal jadi legenda sukan negara selepas ini.


No comments:
Post a Comment