
Konsep dah meminjam, selepas meminjam wajib membayarnya. Sekarang ini akibat hutang dari pemberian pinjaman PTPTN dikatakan dah tak tertanggung, sudah ada timbulnya cadangan pemberian pinjaman perbelanjaan PTPTN dihapuskan.
Ini semua dilakukan adalah disebabkan untuk mengurangkan perbelanjaan yang semakin melambung tinggi dan tidak sepadan dengan “perolehan” PTPTN yang sepatutnya dibayar semua oleh peminjam. Setakat ini dah 1.87 juta penuntut membuat pinjaman PTPTN membabitkan peruntukan RM41.6 bilion. Banyak juga.
Selepas ini generasi muda kita besar kemungkinan akan terpaksa menggunakan duit sendiri bagi menyara kehidupan mereka di pusat pengajian tinggi kelak. Mungkin?

No comments:
Post a Comment