Pelaksanaan guru kerja 9 jam :
- Tempoh percubaan 6 bulan di Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak untuk diperhalusi Kementerian Pelajaran Malaysia
- Tempoh percubaan bagi waktu guru kerja 9 jam di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.
Walaubagaimanapun Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) tidak bersetuju dengan pelaksanaan guru kerja 9 jam ini kerana :
- Mana-mana guru kerja 9 jam nanti dikhuatiri akan lebih tertekan selepas terpaksa mengikut perubahan waktu kerja baru ini yang akan menganggu tugas mereka di sekolah
- Pelaksanaan dasar guru kerja 9 jam sama seperti seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah
- Guru ada banyak tugasnya. Mereka bukan sahaja pendidik malah guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya.
- Ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan
Memang diakui cabaran menjadi guru
sekarang tidak seperti dahulu. Dalam banyak-banyak point yang diberikan
NUTP, ia lebih tertarik kepada multitasking yang perlu guru lakukan
sekarang ini bukan setakat menjadi pendidik sahaja. Boleh sahaja meminta guru-guru kerja 9 jam seperti penjawat awam yang lain, tetapi apakah kualiti tumpuan yang mampu guru berikan sama seperti sebelum daripada pengenalan pelaksanaan guru kerja 9 jam ini?
Kerana apa yang penting adalah kualiti tumpuan guru semasa mengajar murid-muri di sekolah bukannya kuantiti yang ada.
Mungkin ada yang mengatakan mereka
adalah guru, jadi kenalah berkorban. Ya…benar sama sekali. Tetapi jangan lupa mereka tetap manusia yang ada limitasi daripada segi tenaga
dan emosinya.
Walaubagaimanapun ini masih tempoh
percubaan bukan, rangka sesuatu dasar sebaiknya. Jangan kerap sangat
“bertukar dasar dan jadikan guru-guru ini bahan eksperimen” setiap kali
tukar menteri, pening nanti guru-guru di sekolah. Kadang-kadang benda yang mudah jadi semakin sukar. Jadi, buat kajian dengan sebaiknya.
Akhirnya, seperti yang dikatakan tadi disebalik implementasi guru kerja 9 jam
ini. Yang penting, prestasi & kualiti guru-guru ni boleh
ditingkatkan bukan menjadikan mereka tertekan dan hilang tumpuan dalam
tugas mereka.

No comments:
Post a Comment